Thursday, July 28, 2011

di SMK (P) Sri Aman...

Salam Kasih Sayang,

alhamdulillah perkongsian ilmu dilaksanakan seperti yang diharapkan... seronok rasa hati berhadapan dengan pelajar2 perempuan... selama ni sentiasa berhadapan dengan pelajar lelaki... 
perjalanan semasa ke sana pun alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... 
apa yang penting positifkan diri.. insyaallah semuanya berjalan dengan baik... ;)



Monday, July 25, 2011

Bahan-bahan Terkini...

Salam Kasih Sayang...
Bahan-bahan terbaru yang baru cgu dapat sediakan utk pelajar2 cgu... persediaan menghadapi Percubaan SPM 2011... harapan cgu semoga kalian semua berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan percubaan kali ini...

  • soalan-soalan LCCI (yang ini cgu dapat drpd LCCI... soalan2 tahun lepas... blh dijadikan rujukan bentuk soalan yang mungkin akan dikeluarkan dalam SPM).. translate sendiri ye ke BM... ;)
  • Modul Ingat Akaun Ingat A+ ... (ni soalan2 tahun2 sebelumnya yg cgu dapat daripada LPM dan mana2 soalan yg tlh cgu gubal .. klon SPM... )
Selamat Mencuba... skema menyusul kemudian... 

skema dah siap... boleh download di sini... "Jawapan Modul Ingat Akaun Ingat A+



Wednesday, July 20, 2011

TAHNIAH! LIGA KREATIF REMAJA .... SAS JUARA

Salam kasih sayang...

Selepas beberapa hari tidak ke sekolah (bukannya cuti tetapi meeting), alhamdulillah berakhir sudah satu tanggungjawab yang cgu rasa ianya agak berat. apapun keputusan ok atau tidak kita tunggu selepas bulan Ogos ni... harapan cgu ianya dapat membantu anak2 didik cgu...

dah lama gak tak buka web SAS... dah lama gak cgu tak update... cgu salah sorang admin utk web sekolah cgu... memang seronok dgn tanggungjawab ni tetapi disebabkan kekangan masa mmg  kekadang tu tak dapat nak update gak... sama la dgn blog cgu ni.. hehe... ni pun ada masa sekejap sblm masuk kelas... lepas buat buku rekod mengajar... sambung semula... lepas buka web SAS .. baru cgu tahu SAS menjuarai LIGA KREATIF REMAJA anjuran bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelajaran, Filem Negara Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Radio Televisyen Malaysia. Tahniah cgu ucapkan... cgu mmg sangat yakin yang u all mmg akan menang...

Sapa tak tengok lagi... jom kita tengok...


"Segenggam Janji Seerat Ikatan"

Wednesday, July 6, 2011

"Cikgu Sila dan 4 Comey"

Salam Kasih Sayang,

Habis kelas, cgu membaca semua penilaian pelajar terhadap cgu tentang p&p dan apa jua yg stud nak bagitau tentang diri cgu... cgu ambil semua apa yg dinyatakan sebagai satu panduan untuk cgu memperbaiki kelemahan yang ada pada diri cgu... terima kasih buat semua pelajar cgu... i love u!!!

ada satu penilaian yang pelajar buat untuk cgu... yang cgu rasa nak kongsi dengan semua... cgu memang puji pelajar ni... seorang yang pandai berkarya... cuba baca ni ye... kalau best... Like ye.. ;)

Pagi itu dengan jelas tampak tidak ada bezanya dengan pagi-pagi lampau. Guru-guru silih berganti menyampai bicara. Dakwat merah, biru dan hitam "marker pen" masih lagi bersisa kabur di papan putih. Fahmi memulakan bicara.

"sapa tak bayar duit kelas RM10?"

"aku..."

aku!!!"

"Aku dah bayar..."

Friday, July 1, 2011

HARI AKADEMIK SAS 2011

Salam kasih sayang,

alhamdulillah selesai satu lagi program sekolah hari interaksi antara guru dan ibubapa pelajar.. tahun ni ramai gak ibubapa yg hadir berbanding dengan tahun sebelumnya. rasanya setiap tahun cgu akan kongsi dalam blog cgu ni... 

Bermula jam 8.30 pagi hingga 1.15 petang barulah cgu selesai.. tak henti2 seorang demi seorang. apapun cgu puas hati kerana pelajar dan ibubapa memberikan kerjasama yg sangat baik untuk kecemerlangan pelajar2..

Terima kasih kepada pelajar2 dan ibubapa yang sanggup menunggu untuk berbincang akademik dengan cgu..

ibubapa dan pelajar2 yang datang jumpa cgu ialah... 

Kelas 3 Jaya 
(amar, aulia shamel, faris danial, i'zz, ikhwan, shah, shaiful, naqib dan yazid)
Kelas 4 cita 
(zhafran, akmal, azhad, afif, azmin, dan ridzwan)
Kelas 4 Bestari 
(zareeq, aizat, dan amin firdaus)
Kelas 5 Bestari 
(hakim M, ammar, azim, dan zakwan)
Kelas 5 Cita 
(amirul hazim, fuad, hariz, kamal, rizwan, azamuddin, zaki, zharif, syazrain, dan azim)

Semoga perjumpaan ini mendatangkan banyak manfaat kepada semua pihak terutama pelajar2 dalam meningkatkan prestasi akademik masing2... ingat pesan cgu... ;)


Permulaan Sesi Akademik 2022/2023