Wednesday, March 30, 2011

PERMOHONAN SIJIL LCCI SPM 2010


Salam Kasih Sayang dan Salam 1Malaysia,

Tahniah cikgu ucapkan kepada semua pelajar SPM 2010 yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Seperti tahun2 sebelumnya, bagi pelajar2 yang mengambil Prinsip Perakaunan boleh lah memohon SIJIL LCCI sepertimana keputusan yang tertera dalam slip keputusan yang diterima.

PROSEDUR PERMOHONAN SIJIL LCCI BAGI CALON SPM 2010

Permohonan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing mulai 1 April 2011 hingga 30 April 2011. Pihak sekolah dikehendaki menghantar borang permohonan Sijil LCCI sebelum atau pada 30 APRIL 2011. Calon boleh mendapatkan Sijil LCCI di sekolah masing2 nulai SEPTEMBER 2011.

Sekiranya permohonan dibuat selepas 30 April 2011 (1 Mei - 30 Oktober), calon boleh memohon terus dengan menghantar borang atau pos kepada pejabat LCCI. Sijil boleh diperoleh di sekolah masing2 mulai JANUARI 2012.

Jadi sesiapa yang tak dapat lagi borang permohonan boleh download borang di sini.
Download bersama Peraturan Pentadbiran Permohonan Sijil LCCI.



Boleh juga dapatkan terus daripada Cikgu Narzuki Online. Terima kasih cikgu...




Tuesday, March 15, 2011

Utk Guru-guru yang mengajar Prinsip Perakaunan 1Malaysia



Salam Kasih Sayang dan Salam 1Malaysia,

Hampir sebulan telah berlalu, cgu2 akaun yang terpilih untuk menghadiri Mesyuarat Penataran Kerja Kursus Prinsip Perakaunan. Hasil mesyuarat dapatlah keputusan dalam penandaan kerja kursus tingkatan 4 2010 yang telah berjaya dilaksanakan oleh semua pelajar tingkatan 5 tahun ini. Satu panduan yang amat jelas dan cgu rasa banyak membantu dalam proses menanda. Dan mula saat ini jugalah cgu terpaksa tgk semula kerja kursus pelajar dengan menggunakan kriteria2 / elemen2 yang ditetapkan.. terima kasih kepada pihak LPM...

Sepanjang mesyuarat tersebut juga, satu  perisian baru iaitu MOTAWA diperkenalkan bagi memudahkan guru2 akaun mengisi markah yang diperoleh oleh pelaj ar2. Semua guru dikehendaki bertukar daripada perisian yang sebelum ini kepada perisian yang baru MOTAWA..

Dengan kebenaran En Mohd Taib sendiri, cgu kongsikan bersama dalam blog cgu untuk kemudahan semua guru2 akaun. terima kasih cikgu Taib (GC PrinsipPerakaunan)..... ;)
Boleh lah mana2 guru yang ingin bertanya dan berkongsi penggunaan MOTAWA ini dalam blog cgu ni... Bermula 1 April ni kerja kursus Tingkatan 5 pula perlu diberi penekanan... Cabaran baru untuk guru2 akaun. Kejayaan kita dalam mengendalikan PBS ni adalah kejayaan KPM dalam melaksanakan transformasi pendidikan Malaysia akan datang.. ;)

Perisian khas untuk mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3 (3756/3)

Sebelum download pastikan Microsoft Office 2003 (microsoft access 2003) ada dalam komputer... kalau tak de cari lah dulu... access 2003 lebih membantu dengan mudah berbanding penggunaan access 2007. 

Perisian MOTAWA... Klik di sini
Manual Penggunaan MOTAWA ... Klik di sini

Sebarang permasalahan boleh lah sama2 kita kongsi... benda baru pastinya perlukan pengorbanan untuk kita memastikan kejayaannya demi agama, bangsa dan negara... ;)







Cuti Pertengahan Penggal 12 hingga 19 Mac 2011

Salam Kasih Sayang,

Selamat bercuti kepada semua anak2 didik cgu. Kerja rumah untuk cuti kali ni ialah baca buku dan buat semula latihan bab2 mana yg masih kurang difahami dgn jelas. Selepas ni kita akan fokus dgn kerja kursus untuk tingkatan 5... manakala ting 4 bermula la pengaplikasian konsep yg tlh dipelajari dlm bab 1 dan 2... Ujian 1 cgu dah siap tanda. buka sekolah ni blh la tgk... kl nak cepat tau blh gak cgu upload dlm blog ni.. ok gk tu.. ;)

blog walking ke blog2 pelajar yg ada.. terima kasih ada yg promosikan blog cgu ni.. sapa yg tak promosikan lg tu... tlg la promosikan sama2... ;)

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023