Wednesday, May 26, 2010

Download eNota ... PERCUMA

Salam...

Alhamdulillah setelah beberapa hari terbaring.. hari ni cgu dah boleh jalankan kehidupan seharian seperti sedia kala.. musim demam sekarang ni.. jaga kesihatan baik2.. kalau sakit kepala rasa sakit tekak n apa jua sekali kesakitan makan ubat cepat2..

Sepanjang dua minggu (bermula 31 Mei 2010 hingga 10 Jun 2010) cikgu akan beri eNota cikgu secara percuma kepada sesiapa sahaja yang nak menggunakannya... eNota ini telah cgu update untuk beberapa kesalahan yang telah dikenalpasti semasa pembelajaran cikgu di dalam kelas..

Kepada semua, gunakanlah enota ini sebaik mungkin.. fahamkan betul2 isi kandungannya... harapan cikgu semoga semua yang mengambil prinsip perakaunan SPM 2010 berjaya dengan cemerlang... GP meningkat.. amin

Tuesday, May 25, 2010

Format Pentaksiran SPM 2011

Salam...

Beberapa hari (kira-kira seminggu gak... ) cgu terlantar tak dapat nak melakukan kerja2 seharian.. alhamdulillah hari ni cgu dapat diberi peluang seterusnya untuk menjalani kehidupan seterusnya.. datang ke sekolah beberapa surat yg telah diterima.. antaranya format pentaksiran Prinsip Perakaunan SPM 2011..

apa yg telah cgu bgtau sebelum ini adalah sama seperti dalam format yg cgu terima..

sesiapa boleh dowwnload Format Pentaksiran tu di sini. Cuba baca dan fahamkan...

Klik sini. FORMAT PENTAKSIRAN SPM 2011

Tuesday, May 4, 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Salam..

Minggu ni dah bermula peperiksaan pertengahan tahun 2010. cepat sungguh masa berlalu. apapun cikgu lega dari satu sudut.. silibus dah selesai. lepas exam ni kena pulun latih tubi untuk memantapkan pelajar2 lebih memahami bagi setiap bab. biar pelajar selesai kan dulu exam ni. tunggu.. kesian gak dengan diorg ni apapun cgu harap u all terima rasional kenapa cgu buat "speed learning". Moga Allah restui niat cgu ni.. amin.. "alpha wave" ingat selalu..

exam kali ni cgu buat soalan seperti bentuk soalan spm.
tingkatan 5:
- Kertas 1 : 40 soalan objektif [40 markah]
- Kertas 2 : Bahagian A (4 soalan wajib jawab semua) dan Bahagian B (Pilih satu soalan daripada 2 soalan)[80 markah]

tingkatan 4 : (seperti taklimat penataran spm 2011)
- Kertas 1 : 40 soalan objektif [40 markah]
- Kertas 2 : Bahagian A (3 soalan wajib jawab semua) dan Bahagian B ( Pilih 2 soalan daripada 3 soalan) [40 markah]
- Kertas 3 : Kerja Kursus ( cgu nilai untuk kerja kursus Buku Skrap Dokumen Perniagaan) [20 markah]


"Bila dah biasa dilatih susah, yang susah jadi senang..... tapi kalau dah biasa senang, yang senang jadi susah"-Dr.Azizan Osman..

sebab tu cgu selalu kata "jgn kata susah dalam akaun kan.. kata senang pasti ianya menjadi senang" .. yakin!!!

hopefully dalam exam ni, semua berjaya dengan cemerlang. ingat apa yang cgu dah ajar.. teknik menjawab. aplikasikan...

doa cgu moga semua anak didik cgu 5b, 5c, 4b n 4c berjaya dengan jayanya.. kalau u all boleh HEBAT dalam Kokurikulum... so buktikan u all juga HEBAT dalam akademik.

CABARAN PPT 2010
Cgu nak buat satu persaingan sihat.. di antara kelas 5B dan 5C, 4B dan 4C..
Kelas mana yang GP lebih tinggi dan mencecah 2.00 ke atas.. cgu akan belanja makan untuk satu kelas. Bukan senang cgu nak belanja makan. Sapa nak belajar rajin-rajin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...