Friday, April 30, 2010

Kunci Utama Kejayaan Dalam Hidup

Salam...

semalam cgu dapat email dari mentor yang sangat cgu hormati.. email beliau kali memang best. betul apa yg dikata.. kebenaran yang pasti.. cgu kongsi dengan semua pembaca blog cgu.. hayati..



"Salam Semua

Semoga anda serta keluarga sentiasa diberi kerahmatan, kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, kejayaan dan keberkatan oleh yang Maha Esa di dalam apa sahaja yang anda lakukan Insya-Allah.

Masa berlalu dengan pantas dan kita bakal menghampiri pertengahan tahun 2010. Pejam celik pejam celik umur kita semakin meningkat dan kita sentiasa berlumba dengan masa sehinggalah tidak tahu bila sampai “time” kita.

Banyak peringatan yang kita selalu dengar sebenarnya tentang betapa pentingnya menghargai setiap masa yang kita ada. Samada dari Al-Qur’an atau Hadith. Mungkin anda pernah maksud ayat dari Surah Al-Asr tentang sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan mereka yang saling ingat-mengingati ke jalan kebaikan dan mereka yang melakukan kebaikan.

Bercerita tentang kebaikan ini, besar skopnya. Ramai orang ingat “kebaikan” hanya datang dengan duduk di atas tikar sejadah 24 jam sehari, 7 hari 7 malam. Ada orang ingat kebaikan itu hanyalah bila seseorang itu bercakap dengan pakai kopiah dan serban tinggi, mesti ada janggut ala-ala sampai ke pusat, barulah dikira “kebaikan”, ada orang pula cakap, kebaikan itu ialah bila yang bercakap itu mesti ada “title” “Ustaz” kat depan nama dia sedangkan ramai yang tidak tahu sebenarnya perkataan “Ustaz” bagi orang Arab adalah bermaksud “Encik” di Malaysia, tapi tanggapan umum orang Melayu adalah “Ustaz” tu macam bila dia bercakap Melayu ada slang bunyi cakap kalami Arabi (Macam bunyi-bunyi arab), ada bunyi-bunyi ayat Al-Quran dan Hadith 2 tiga patah dan tiba-tiba orang itu jadi lebih alim dari orang lain.

“Point saya ialah. Sebenarnya semua orang boleh dan mampu untuk membuat kebaikan. Tidak kiralah dia pakai serban atau tidak. Dia Melayu atau tidak. Dia ada janggut atau tidak. Dia belajar tinggi atau tidak. Dia kaya atau tidak. Dia tua atau tidak. Semua orang boleh membuat KEBAIKAN”. Bila saya kata kebaikan, maknanya semua orang boleh membuat perkara yang positif. Kebaikan = Positif. Dan mungkin anda pernah dengar ayat:” Buat baik dibalas baik!” dan begitulah sebaliknya. Semua orang boleh bertindak, berperasaan, berfikir secara positif dan melayan orang lain dengan positif. Berkhidmat dengan positif, bekerja dengan positif, berniaga dengan positif, berkeluarga dengan positif, berjiran dengan positif. Memandu dengan positif, membawa motor dengan positif, berkawan dengan positif dan pelbagai lagi perkara yang kita boleh lakukan dengan penuh positif atau nama lain dia adalah KEBAIKAN.

Janji Tuhan, “Buat baik dibalas dengan baik!”. Maksudnya bila kita buat sesuatu perkara yang positif dengan pemikiran, perasaan serta tindakan yang positif, maka Insya-Allah, lebih banyak perkara yang positif yang akan datang kembali kepada kita.

Bukankah Tuhan itu mengikut sangkaan hambaNya? Itu salah satu hadith yang saya pernah dengar disampaikan oleh seorang “Ustaz” di sebuah masjid di Kg. Lapan Melaka kampung mak saya. Maknanya, sekiranya kita bersangkaan baik, maka Insya-Allah sangkaan yang baik itu akan mendatangkan hasil yang baik, begitulah sebaliknya. Bukankah itu namanya “Law of Attraction” dalam Bahasa Inggeris? Bermakna apa yang ramai pakar motivasi barat cuba sampaikan kepada kita adalah apa yang telah lama wujud dan ada di dalam Islam tetapi ramai daripada kita yang tidak perasan dan tidak mengkaji. Saya tidak mengagungkan barat, cuma saya agak kecewa dengan sikap mereka yang sangat “Plastik” dan hipokrit. Ramai orang yang tidak mengkaji dan berfikir tentang kejadian Tuhan serta menghidupkan tamadun ilmu seperti zaman ilmuan Islam dulu dan hanya pandai menyelar itu tidak betul, ini tidak betul. Masalahnya ramai yang tidak menunjukkan pula apa yang betul?

Bila bunyi Bahasa Inggeris sahaja, ada setengah “Ustaz” akan nasihat yang itu khurafat atau tidak Islamik tanpa ambil satu step ke hadapan dengan memahami terlebih dahulu apa mesej yang ingin disampaikan. Sedangkan “Ustaz” itu juga cuba menyampaikan mesej yang sama tetapi di dalam Bahasa Malaysia. Then, tiba-tiba keluarlah ayat “Law of Attraction” versi Islamik. Kalau tidak, nanti tidak menarik bunyinya, tidak Islamik. Nak Islamik perlu ada bunyi ala-ala arab. Baru Islamik. Nak Islamik perlu disampaikan oleh “Ustaz” yang bercakap ada bunyi arab sikit. Bila bunyi bercakap macam ada arab sikit, then “Ustaz” lah tu.

Jangan salah faham. Saya tidak ada masalah dengan mana-mana ustaz. Saya rasa ramai ustaz yang menyambung warisan nabi dan para sahabat dengan menyampaikan tentang ilmu, Islam, iman dan amal. Malah saya memperjuangkan “ilmu hidup” serta “ilmu mati” sepertimana yang disampaikan oleh arwah guru mursyid saya yang menekankan tentang menghidupkan hidup serta mengenal intipati diri serta kehebatan Tuhan dan kemuliaan Rasulullah saw. Tetapi zaman hari ini, ramai yang buang masa hanya “bercakap” tentang kebaikan serta menjadi positif. Tetapi tidak ramai yang mengajak orang secara agresif untuk berfikir, berperasaan, bertindak dengan kebaikan serta sentiasa menjadi seorang yang positif. Anda tidak perlu menunggu menjadi “ustaz” untuk membuat kebaikan. Tidak perlu tunggu anda pakai jubah, ada janggut panjang, ada serban. Pakai tudung labuh dan jilbab. Tidak perlu tunggu. Anda t idak perlu tunggu sesiapa pun datang untuk merubah kehidupan anda kerana anda boleh mulakan sekarang, anda boleh mulakan membuat kebaikan sekarang dengan berfikir, berperasaan, bertindak secara POSITIF kepada diri anda, ibu-bapa anda, keluarga anda, bos anda, kawan-kawan anda, jiran anda serta sesiapa sahaja di sekeliling anda samada yang anda kenal atau tidak. Bukankah itu asas kepada Islam yang bermaksud “selamat”. Semua orang boleh buat kebaikan. Dan program saya adalah satu cara untuk saya membantu anda menunjukkan jalan atau cara untuk mendapatkan kehidupan yang lebih hebat dengan memahami langkah-langkah kejayaan yang telah dilakukan oleh orang yang lain yang telah berjaya hanya dengan konsep positif tersebut. Anda mengenali apa yang positif tentang diri anda serta apa yang negatif tentang diri anda, barulah lebh mudah untuk anda buat perubahan bukan?

Cuba perhatikan sedutan lirik lagu “Pandangan Hati” ini yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarham Ustaz Asri kalau tidak silap saya:-

Pandangan mata selalu menipu.
Pandangan akal selalu tersalah.
Pandangan nafsu selalu melulu.
Pandangan hati itu yang hakiki, kalau hati itu bersih.

Program “Seminar Kenali Potensi Diri-Revolusi Diri 2010” saya telah habis. Kepada anda yang telah melaluinya tahniah diucapkan. Kepada anda yang bakal menemui saya di dalam program 2-hari Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan pada hari sabtu (1/5) & ahad (2/5) ini di Dewan Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Percayalah, perubahan dan revolusi kehidupan anda daripada kesusahan, kesempitan, kegagalan, kebuntuan, tekanan dan sentiasa tidak bahagia semuanya akan berakhir dan berubah kepada kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, kejayaan, ketenangan Insya-Allah selepas program 2-hari bersama saya nanti sebagaimana beribu-ribu peserta saya yang lain.

Semoga kita semua selamat (Islam) di dunia dan di akhirat.


Dr.Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan #1 Malaysia
Mentor Kekayaan & Kejayaan"


macamana? ada kebenarannya kan... kekadang kita sendiri yang leka dan tak nak diri kita berubah... so .. mulai sekarang FIKIR POSITIF = KEBAIKAN.. :)

Saturday, April 24, 2010

Seronok sangat hari ni...

salam...

seronok sangat hari ni coz cikgu2 sas dah berkembang untuk buat blog.. ajar teacher farah upload bahan. science pun dah ada..sejarah pun dah ada gak...tahniah buat teacher farah dan hanim.. cantik... tahniah buat cgu rohani sekali lagi (sifu cgu gak ni).. bersemangat dan bertungkus lumus sediakan blog dia.. hehehe.. seronok tengok dia.. rajin belajar.. kalau la semua student cgu macam dia mesti semua dapat A+... sebab tu dia dapat guru cemerlang.. cgu ambik semangat dia.. nak cemerlang gak ni.. :)

balik lewat sikit.. seronok mengajar orang yang betul2 nak belajar... sebab tu orang kata kalau nak berjaya kena ikut orang yang dah berjaya... ;)

Saje-saje...

Salam..

hari ni datang sekolah... sambil tunggu masa kelas dah siap buku rekod mengajar teringat nak coret la sikit2 dalam blog ni.. seronok bila tengok rakan2 yang lain dah ada kemajuan membina blog sendiri... tahniah zefri n kak rohani... berjaya dah ada blod sendiri... (anak didik ni.. hehehe).. moga perkongsian ini dapat membantu anak bangsa kini dan masa hadapan..

sekolah hari ni pun mengajar tingkatan 4 je. tingkatan 5 dan 3 terlibat dengan program masing2... ermmm.. banyak masa untuk buat kerja2 yang tertangguh... dah la mc dua hari.. kejadian yang menimpa anak cgu menyebabkan cgu trauma.. sampai kena makan pil penenang.. huhu... pengajaran.. so sapa yang baca ni ambil sebagai pengajaran ye...

nak sambung kerja semula.. soalan tak siap lagi ni... sapa nak tolong?????

Thursday, April 22, 2010

Shell P8

Salam..
Hari ni cgu cuti. Rasa badan mmg tak blh nk tahan. Trauma dgn kejadian semalam.
Kuatkan diri dgn fikir positif je ni.

Lebih kurang jam 4.30 hg 5.30 ptg pergi shell nak isi minyak. Smpi kat shell g kaunter nak bayar.. Hakim nak air. Belikan air utk dia. Lepas tu terus ke kereta.
Dlm hati tgk kepala hakim tak de rupa2nya dia tdo. Ok lagi. Nak letak barang pintu kunci. Panik sekejap. Cuba kejut hakim tp tak bangun gk. Pekerja shell dtg membantu. Ramai la masa tu.
Semua dtg tgk n nak membantu. Polis pun ada gak. Syukur pihak polis ada jd tak de orang yg berani nak buat yang bukan2. Semua yg dtg bantu gegarkan kereta pun hakim tetap tak bangun.
Argk!! Tak pernah dia cam ni. Polis bunyikan siren pun dia tak bangun gak. Tangan smpi lebam mengetuk cermin dan tingkap. Nampak sgt hakim penat. Sian hakim. Memang tak salahkan hakim cz dia dgr kata.
Memang dah selalu ajar kl dia dlm kereta mesti kunci pintu.cuma kali ni dia tertdo. Huhu

Bincang2 staf shell cdgkn panggil pakar buat kunci di presint 8. Dr byk duit melayang baik ikut je cakap akak tu. Dah byk kejadian mcm ni berlaku. Ada yg suruh pecah cermin. Nasib baik cgu fikir panjang.
Ada gak yg cuba buka guna kunci2 yg lain..apapun terima kasih buat semua yg beri sokongan ms tu.
Alhamdulillah allah lancarkan segalanya.. Mr raymond dpt membuka pintu dlm masa x smpi pun 30 minit.. Rasa cuak gk mula2 coz pintu sblh driver x blh tukar pintu satu lagi baru boleh. Masa tu hanya tuhan yg tahu perasaan cgu.
Syukur. Byrn rm80 kira ok la tu yang penting hakim selamat.
Dlm kereta hakim tdo gk kejut byk kali pun tak bangun gak. Tak pernah dia penat cam ni. Sian pulak tgk dia. Smpi rumah pun dia sambung tdo balik.

Pengalaman dan pengajaran baru buat cgu. Lain kali kl keluar kereta matikan enjin. Kunci ambil. Anak bw sekali.
Ada hikmah sebenarnya dengan apa yang berlaku. Cgu redha dan terima dgn hati terbuka. Mg pengalaman ini dpt dikongsi dgn semua yg membacanya dan jadikan satu pengajaran serta ingatan supaya lebih berhati2. Utamakan keselamatan.
Betul orang tua selalu cakap kalau selagi tak jadi kat kita baru la kita rasa macam mana kan.

Wednesday, April 21, 2010

Laporan Ceramah Profesion Perakaunan

Pada 12 April 2010, telah diadakan Program Profession Perakaunan bertempat di Auditorium SAS. Program ini bermula dari pukul 5 sehingga pukul 6 petang. Program ini disasarkan kepada semua pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengambil matapelajaran prinsip perakaunan bagi SPM. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang profession perakaunan.
Pada awalnya, program ini dijangkakan bermula pada pukul 4:30 petang, namun atas alasan yang tidak dapat dielakkan pihak penceramah terlewat untuk tiba ke sekolah ini. Tepat jam 5 petang, Cik Zahidah binti Mokhtar yang merupakan Pegawai Perkhidmatan Pelajar dari Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) tiba ke sekolah ini bersama 2 orang pembantunya. Ketibaan mereka disambut oleh Puan Salehan bersama beberapa orang AJK pelajar. Mereka terus dibawa ke auditorium untuk memulakan sesi ceramah.
Sebelum memulakan sesi ceramah pada petang itu, penceramah telah memberikan edaran kepada semua pelajar. Sesi ceramah bermula dengan aktiviti membuat piramid dengan menggunakan edaran yang diberi. Setelah itu, penceramah meneruskan sesi dengan menerangkan serba sedikit tentang CIMA. Penceramah juga menerangkan tentang peperiksaan dan anugerah yang perlu diambil dan diperoleh oleh pelajar yang ingin menceburkan diri dalam bidang perakaunan bersama CIMA. Setelah selesai penerangannya, penceramah memberi peluang kepada para pelajar untuk mengemukakan sebarang soalan yang berkaitan. Para pelajar SAS aktif memberikan soalan yang bernas tentang perakaunan.
Sesi ceramah telah ditamatkan pada pukul 6:15 petang. Setelah itu, beberapa orang AJK pelajar telah mengiringi penceramah bersama pembantunya ke kafeteria bagi menikmati jamuan ringan. Kami mengambil peluang ini untuk mengemukakan soalan tentang perakaunan dengan lebih mendalam. Setelah lebih kurang 15 minit berbual, penceramah telah mengundurkan diri untuk pulang.
Banyak manfaat yang telah kami peroleh daripada program ini. Kami berharap agar program seperti ini dapat diadakan lagi di masa hadapan.

Yang menjalankan tugas,
Ahmad Nor Izuddin bin A Rahman
Setiausaha,
Program Profession Perakaunan,
Sekolah Sultan Alam Shah.

Thursday, April 8, 2010

Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI

Salam..

Tarikh permohonan Sijil LCCI berakhir 15 April 2010. Minta kerjasama dengan semua pelajar2 cgu masih ada beberapa orang yang tidak menghantar borang lagi. hantar segera sebelum 10 April 2010. cgu lanjutkan masa lagi ni...

Untuk guru-guru yang masih tiada borang analisis permohonan sijil LCCI boleh dapatkan di sini.

Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI


tq

Tuesday, April 6, 2010

Analisis dan Gred Purata Prinsip Perakaunan SPM 2009

Salam 1Malaysia,

cikgu dapat analisis ni daripada cikgu Narzuki. terima kasih di atas perkongsian data ini. analisis ni sangat berguna buat cikgu. hampir 90k orang pelajar ambil subjek ni. 81% lulus. maknanya sebenarnya prinsip akaun tak susah. senang je. ramai yang bertanya dengan cgu soalan akaun susah. belajar tak lagi dah mengaku kalah... cuba belajar dulu. jangan dengar kata orang. dah belajar mesti baru tau susah atau senang. dapatkan teknik yang betul. konsep yang mudah difahami.

Tahniah buat Putrajaya.. kak nor, kak midah, kak siti asiah, syaila, fiza, mira, kak laili, kak mas n fazilah.. GP kita lebih baik daripada peringkat kebangsaan 3.82... tahun ni kita teruskan perjuangan kita "zero fail". sama2 kita usaha untuk itu.. moga allah permudahkan segala urusan kita...

PERINGKAT KEBANGSAAN : Calon sekolah bantuan kerajaan

A+ = 6.7 % – Cemerlang Tertinggi
A = 12.7 % – Cemerlang Tinggi
A- = 6.4 % – Cemerlang
B+ = 7.0 % – Kepujian Tertinggi
B = 7.7 % – Kepujian Tinggi
C+ = 9.6 % – Kepujian Atas
C = 8.9 % – Kepujian
D = 11.4 % – Lulus Atas
E = 10.4 % – Lulus

LULUS = 81.0 %
GAGAL = 19.0%
Jumlah Calon = 85,382 orang

Gred Purata MP = 5.14

WP PUTRAJAYA : Calon sekolah bantuan kerajaan

A+ = 13.78 % – Cemerlang Tertinggi
A = 18.37 % – Cemerlang Tinggi
A- = 5.10 % – Cemerlang
B+ = 10.71 % – Kepujian Tertinggi
B = 7.65 % – Kepujian Tinggi
C+ = 12.24 % – Kepujian Atas
C = 12.76 % – Kepujian
D = 8.67 % – Lulus Atas
E = 4.08 % – Lulus

LULUS = 93.37 %
GAGAL = 6.63%
Jumlah Calon = 197 orang

Gred Purata MP = 3.82
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...