Monday, March 22, 2010

Permohonan Sijil LCCI SPM 2009

Salam...

Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dalam keputusan SPM 2009 esp bagi Prinsip Perakaunan... mohon kepada semua pelajar jangan lupa hantar Borang Permohonan Sijil LCCI secepat mungkin. Calon hendaklah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan peperiksaan SPM diumumkan. HANTAR SEBELUM 11 APR 2010.
Tengok dalam slip keputusan SPM.. di bahagian bawah ada tertulis LCCI ... ada yang dapat 1 dan 2.. tahniah sekali lagi.. semua dapat cemerlang

Level 2 Book-keeping and Accounts
1 : Pass with Distinction
2 : Pass with Credit


Di sini cikgu sertakan Borang Permohonan Sijil LCCI dan Peraturan Permohonan Sijil LCCI.. download semua... baca arahan dengan jelas...

Klik di sini...
Borang Permohonan Sijil LCCI
Peraturan Permohonan Sijil LCCI

Friday, March 12, 2010

Homework 5B,5C,4B,4C

Salam...

Happy Holiday!!! cuti cuti gak tapi jangan lupa homework tetap ada... Kali ni kerja rumah yang cikgu beri kepada semua pelajar 5BC dan 4BC tak sesusah kerja rumah sebelum ini... tak de pening2 kepala...nak perah otak fikir nak jawab macamana pun tak de... mudah dan senang... harapan cikgu kali ini dah tak de denda2 naik sekolah ni... semua wajib buat... dan hantar hari pertama selepas cuti masa Prinsip Perakaunan...

Arahan!!!
5BC & 4BC
Tulis satu penilaian ikhlas tentang pengajaran & pembelajaran cikgu di dalam kelas... persembahan dalam apa jua bentuk (semua kreatif kan)... boleh guna kertas warna... komen la apa nak komen... nak letak gambar pun boleh juga...

Extra Homework 4BC... Buku skrap jangan lupa... cari maklumat seperti yang dibincangkan di dalam kumpulan masing2...

Keputusan SPM 2009!!!

Salam...

Semalam keputusan SPM dah diterima oleh semua pelajar tahun lepas... ada yang datang jumpa cikgu dengan penuh keriangan, senyum, ketawa dan ada juga yang sedih, menangis... Tahniah kepada semua pelajar-pelajar yang berjaya dalam SPM 2009... apapun keputusan yang diterima harapan cikgu kalian terima dengan hati yang terbuka... apapun yang berlaku semuanya ada sebabnya...

Kepada semua pelajar cikgu 5B n 5J... tahniah satu pencapaian yang sungguh hebat bagi cikgu... dalam masa yang singkat kalian mampu untuk mendapatkannya... boleh dikira berapa kali cikgu masuk ke kelas kan... dan maaf juga kerana tak dapat nak bantu dengan sepenuhnya kerana masih ada pelajar yang mendapat C+, B+ dan B... apapun cikgu redha kerana ada sebab terjadi semua tu... terdetik dalam diri cikgu program personal touching mmg tak dapat dijalankan sepenuhnya... masa yang singkat... sakit??? cuti??? argk!!! refleksi...

bagi mereka yang tidak mendapat a... jangan putus asa... teruskan perjuangan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...