Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Salam Maal Hijrah,

rasanya cepat sungguh masa berlalu... dah setahun berlalu... macam2 dugaan dan cabaran yang telah dilalui... sempena menyambut maal hijrah kali ni cgu nak kongsi sesuatu yang cgu dapat daripada kawan cgu... nasihat yang boleh dijadikan panduan.. bukan mudah untuk mencari seorang sahabat, teman atau pun kawan...

Nasihat al-Qamah:

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

PERTAMA, Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

KEDUA, Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan mu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada diri mu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

KETIGA, Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan mu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

KEEMPAT, Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa diri mu, dia suka membantu dan meringankan mu serta menghiburkan mu.

KELIMA, Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentingan mu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis LAA HAULAWALA QUWWATAILLA

Wednesday, December 2, 2009

Soalan Sebenar Prinsip Perakaunan SPM 2009

salam...



seharian cgu cuba melihat semula soalan tahun ini... alhamdulilla semuanya dah berakhir... sekarang masa untuk bertawakkal... doa banyak2...



komen cgu... soalan tahun ni memang dah diduga... kl ikutkan soalan percubaan banyak membantu bagi persediaan SPM 2009... target mengena ... negeri Putrajaya... bila tengok semula memang tajuk bab yang sama... cuma bentuk soalan yang berbeza...



soalan 1 : dokumen dah lama menjalankan perniagaan... soalan yang paling mudah... banyak latihan pasti dapat jawab dengan baik... imbang tak imbang belakang cerita... yang penting buat sampai imbangan duga...



soalan 2 : penyata kewangan milikan tunggal... memang dah diduga... ramai yang kata susah... seperti mana yang cgu dh bgtau... jangan terkejut dengan perubahan soalan... apa yg diminta adalah sama... yang dikatakan soalan ini susah sebenarnya hanyalah butiran yang digunakan... sekiranya kita faham butiran tersebut ianya tidak menjadi masalah... cgu yakin u all dapat menyelongkar markah daripada soalan ini... jangan putus asa... teruskan tawakkal...



soalan 3 : pembubaran perkongsian... rasanya ramai pelajar seronok bab ni keluar... esp my students... memang nak sangat keluar...



soalan 4 : titik pulang modal... lakaran graf seperti yang dijangka... trial terengganu... soalan yang biasa...


soalan 5 : penyata penyesuaian bank... ok gak... tp mgkin ramai pelajar yg suka bukan bentuk ayat... so dikatakan juga soalan ini sukar kerana bentuk ayat... tp bl cgu tengok semula ini lah soalan yang paling mudah... jawapan dah ada cuma kita kena selongkar sehingga dapat jawapan yang sama...



soalan 6 : pelarasan susut nilai... soalan mudah... cuma agak leceh skit kl nk jawab coz ada 2 jenis kenderaan... kena berhati2...

harapan cgu moga semua berdoa banyak2 supaya usaha yang kita dah buat selama dua tahun belajar mata pelajaran ini berbaloi dengan pencapaian yang cemerlang... amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...