Sunday, March 29, 2009

TEMASYA SUKAN SAS ke-46








Salam...

Hari ni cgu penat sgt... Walaupun penat cgu rasa bangga dan gembira dengan semua kejayaan anak2 didik semua... esp Halimi... wow!!! Walaupun keseluruhan Halimi tempat kelima... Halimi menang perbarisan tahun ni... memang cgu dah jangka... tahniah buat eshadiq... kalu berusaha pasti berjaya... matlamat impian tercapai... "HALIMI GEMILANG"


Wednesday, March 25, 2009


Your Earth hour.

As a start why don't you turn off the light just for an hour. Or maybe you have something much more better than this to help our earth.

What is ur action to fight the global warming? So help us to make this campaign success. We need 5 million Malaysians to reach the target.

So remember to mark ur date on 28th march 2009, 8.30 pm....

Thursday, March 12, 2009

Kerja Rumah Semasa Cuti - 16 hingga 20 Mac 2009

salam...

Pelajar Tingkatan 4B & 4C,

Soalan

Pelajar dikehendaki menyediakan dokumen perniagaan seperti berikut;
1. Invois
2. Nota Kredit
3. Nota Debit
4. Bil Tunai / Slip Daftar Tunai / Jualan Tunai
5. Resit Rasmi
6. Cek / Keratan cek

Anda boleh mencipta dan mereka bentuk sendiri atau mendapatkan dokumen perniagaan ini daripada mana-mana sumber yang boleh dipercayai. Cara persembahan dokumen mengikut kekreatifan masing-masing.

Tarikh hantar : 23 Mac 2009

Keputusan SPM 2009

salam...

hari ni SPM diumumkan... alhamdulillah... anak didik cgu semuanya lulus...

Prinsip Perakaunan ada penurunan berbanding dengan tahun lepas... Gred Purata 1.50.... apapun cgu bersyukur semuanya berjaya... cgu terima keputusan ini dengan hati yang terbuka.... mungkin ada hikmat di sebalik keputusan ini... :)

Tahniah kepada semua pelajar 5B... kejayaan milik semua... kalau berusaha dan bertawakkal mesti berjaya... 21 orang 1A, 3 orang 2A, 2 orang 3B, seorang 4B dan seorang 5C... kepada yang tidak mendapat A... jangan putus asa... mungkin ada hikmat di sebalik keputusan ni... bagi diri cgu kalian dah buat yang terbaik... cgu nampak kesungguhan kalian semasa menjawab latihan yang diberi...

cgu sendiri terfikir apa kesilapan cgu... cgu gagal kali ni untuk mendapatkan 100% 1A... rasa bersalah terlepas pandang semua ni... cgu selalu berpegang pada kata...."guru bertanggungjawab atas kegagalan pelajar"... maknanya ada kekurangan yang perlu cgu tambah... cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi dengan tabah....

walau bagaimanapun cgu bersyukur kerana beberapa orang anak didik cgu berminat untuk terus menyambung pengajian dalam perakaunan... tahniah cgu ucapkan... nasihat cgu jangan putus asa... teruskan perjuangan hingga tamat...

cgu doakan kejayaan kalian....

amin...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

MAHSA College

Dear student,

Your SPM results will be out soon. These must be anxious moments for you and you have to make some hard decisions as to your choice of career .

If you are looking for a career in health sciences, talk to the professionals at Mahsa College. Mahsa College offers programmes in Medicine, Dentistry, Pharmacy, Nursing, Physiotherapy, Medical Imaging (Radiography), Bio-Medical Sciences, Environmental Health and Dental Technology.

If you have minimum 3 credits (one in Sciences) in your SPM, you can enrol for their Diploma Courses. If you are choosing to do degree in Medicine or Dentistry or Physiotherapy or Pharmacy or Nursing , you can do it through MAHSA College's Foundation in Sciences programme.

Mahsa College's open day is on 21st and 22nd March 2009, where the Professors will give Career Talks on all its programmes . Attractive discounts are available for immediate registration .

Please call MAHSA College at Toll Free number 1 800 88 1300 or pay a visit to the college located at Block A, Level 6, Pusat Bandar Damansara for full briefing. For more information, please visit their website at www.mahsa.edu.my

----------------------------------------------------
click here

Saturday, March 7, 2009

5 Sebab Kenapa ClickBank Menjadi Pilihan Usahawan Internet

oleh Zamri Nanyan

Di antara beberapa syarikat yang menawarkan program affiliate dan servis pemprosesan bayaran kad kredit, ClickBank menjadi pilihan ramai.

Sebelum ini, penjanaan wang di ClickBank memang banyak dipelopori oleh usahawan-usahawan internet daripada luar negara kerana cuma pertengahan tahun 2008 sahaja ClickBank mula membuka pendaftaran daripada Malaysia. Kini, jika anda bergiat aktif di dalam bisnes internet, anda akan perasan bahawa semakin hari, semakin ramai rakyat Malaysia mula menjana pendapatan melalui ClickBank.

Namun begitu, kenapa ClickBank menjadi pilihan ramai walaupun terdapat banyak lagi program affiliate yang boleh disertai oleh rakyat Malaysia.

Pasti ada sebab kenapa ClickBank begitu diminati dan saya berikan 5 daripada sebab-sebab tersebut.

1. Lebih 10,000 seleksi produk sedia untuk dipromosikan

ClickBank mempunyai ribuan produk digital daripada pelbagai kategori untuk affiliate mempromosikan produk-produk ini. Produk-produk yang terdapat di dalam “marketplace” ClickBank terdiri daripada ebook, perisian dan laman-laman web keahlian. Dengan tersedianya produk-produk ini di ClickBank, maka soal mendapatkan produk untuk dijual di Internet tidak lagi menjadi masalah. Anda cuma pastikan produk mana untuk djual dan terus lakukan pemasaran affiliate. Ini secara tidak langsung akan memudahkan lagi sesiapa sahaja untuk mula berjinak-jinak dengan perniagaan internet.

2. Komisyen jualan dibayar tepat pada waktunya

Sesetengah program affiliate dikendalikan oleh syarikat-syarikat persendirian. Mereka akan membuat pembayaran kepada affiliate mereka berdasarkan terma dan syarat-syarat tertentu. Malangnya ada sesetengah syarikat atau orang persendirian ini tidak jujur di dalam pembayaran komisyen affiliate. Ada yang lewat membayar komisyen dan yang lebih teruk lagi, ada yang langsung tidak bayar komisyen affiliate.

ClickBank pula sudah beroperasi bertahun-tahun lamanya di Internet dan mereka mempunyai kredibiliti yang kukuh di dalam bidang ini. Bayaran affiliate memang tepat pada masanya, dan bergantung kepada bagaimana anda membuat arahan di ClickBank, anda akan mendapat cek komisyen jualan affiliate anda setiap seminggu atau dua minggu sekali.

3. Pendaftaran percuma bagi affiliate

Tidak semua program affiliate sama. Ada program affiliate mengenakan bayaran sekali seumur hidup untuk menyertai mereka dan ada juga memerlukan anda membayar tiap-tiap bulan. Sebelum anda menjana pendapatan melalui program sebegini, anda sudahpun dikenakan bayaran.

ClickBank pula membenarkan sesiapa sahaja menjadi affiliate mereka secara percuma. Tiada yuran bulanan dikenakan dan tiada syarat anda membeli sesuatu untuk menjadi affiliate ClickBank. Anda cuma perlu daftar di https://www.clickbank.com/accountSignup.htm dan mula mempromosikan produk ClickBank sebagai affiliate.

Pada masa yang sama, ClickBank juga membuka peluang untuk sesiapa sahaja menjual produk mereka sendiri di ClicBank. Cuma yuran pengaktifan sebanyak USD$49.95 sekali sahaja bagi setiap satu produk dikenakan. Pengaktifan ini membolehkan anda menerima kad kredit sebagai salah satu cara anda menjual produk digital anda di Internet.

4. Jenama yang dipercayai

ClickBank sudah lama bertapak di Internet dan mereka mempunyai pengalaman yang luas di dalam perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit. Kini, ClickBank juga menambah pembayaran melaui PayPal ke akaun mereka bagi memberi alternatif kepada kad kredit.

Sudah ramai orang menggunakan perkhidmatan ClickBank dan mereka tahu bahawa pembelian produk melalui ClickBank adalah selamat. Sekiranya anda menggunakan ClickBank sebagai servis menerima pembayaran melalui kad kredit, besar kemungkinan bakal pelanggan anda tidak akan ragu-ragu lagi berurusan dengan anda jika mereka lihat anda menggunakan servis ClickBank.

5. Laporan jualan “real-time”

ClickBank juga memberi laporan jualan secara “real-time” atau masa sebenar jualan dihasilkan. Contohnya, jika anda berjaya menghasilkan jualan pada masa sekarang, anda boleh login ke akaun ClickBank anda dan lihat laporan jualan terseput dipaparkan. Dengan cara ini, ianya memudahkan anda mengetahui berapakah jualan yang anda hasilkan pada masa-masa dan hari-hari tertentu.

Begitulah beberapa sebab mengapa ClickBank menjadi pilihan usahawan-usahawan internet tempatan dan luar negeri.

Penjanaan wang melalui ClickBank juga tidak lagi mustahil buat masyarakat Malaysia. Cuma anda perlu tanya diri anda sama ada anda tergolong di dalam kumpulan tersebut atau tidak.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan adalah salah seorang usahawan Internet dari Malaysia yang telah mula menjana pendapatan di Internet semenjak tahun 2003. Dengan usahasama Zamri Nanyan bersama Gobala Krishnan, mereka menerbitkan satu produk “best-seller” hangat bertajuk Sistem Rahsia ClickBank dan anda boleh mendapatkannya di http://www.RahsiaClickBank.com sekarang sebelum saingan anda mengetahui rahsia yang mereka kongsikan bersama di dalam pakej istimewa ini.

Monday, March 2, 2009

ICT BUKAN INSTRUMEN UTAMA PEMBELAJARAN DI SEKOLAH

KEMUNCULAN peralatan canggih berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di pasaran membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka di bilik darjah. Bagaimanapun, topik yang diajar adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang diterjemah menerusi buku teks.

Penggunaan ICT bukanlah instrumen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebaliknya ia hanya bertindak sebagai pelengkap bertujuan menjadikan kegiatan yang dijalankan menarik, penuh kreativiti dan tidak membosankan.

Mengimbau sejarah penggunaan buku teks dalam sistem pendidikan di negara ini, bermula 42 tahun lalu apabila kerajaan memperkenalkan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Pada awalnya, skim itu memberi keutamaan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah atau mempunyai jumlah tanggungan ramai.

Kriteria ditetapkan ialah anak daripada keluarga berpendapatan kurang RM2,000 ke bawah atau RM2,000 yang mempunyai ramai tanggungan membabitkan pelajar sekolah bantuan kerajaan.

Pelaksanaan SPBT juga bertujuan meringankan beban kewangan yang ditanggung ibu bapa atau penjaga kurang mampu. Ia bagi memastikan murid daripada keluarga berkenaan tidak tercicir daripada alam persekolahan.

Boleh dikatakan majoriti atau kira-kira 85 peratus daripada pelajar layak menerima bantuan berkenaan menerusi SPBT.

Bagaimanapun selepas meneliti pelbagai faktor termasuk keberkesanan penggunaan buku teks secara khusus serta kepentingan pendidikan kerajaan memutuskan semua pelajar di sekolah kerajaan layak mendapat kemudahan berkenaan.

Menerusi Rang Undang-Undang Pembekalan 2008 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada September 2007, kerajaan bersetuju SPBT diperluaskan kepada semua murid warga negara tanpa mengira pendapatan isi rumah.

Bagi melancarkan pelaksanaan skim berkenaan, Kementerian Pelajaran mewujudkan Bahagian Buku Teks (BBT) yang bertanggungjawab menentukan sekolah mematuhi peraturan mengenai pembelian, penjualan dan penggunaan buku teks.

BBT juga memantau proses penerbitan buku teks yang perlu dilaksanakan berdasarkan kehendak kurikulum, sukatan pelajaran dan huraiannya.

Ia menjelaskan objektif dan organisasi kandungan mengikut tahun persekolahan. Objektif penulisan pula perlu sejajar dengan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sumber : Berita Harian Online 26 Jan. 2009

Sunday, March 1, 2009

Kecantikan Lelaki... Kegagahan Perempuan

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah, adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


----------------------
Apa yang kita cari sebenarnya???
Klik di sini

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023